“yes, dah siap!” Qurain menjerit kecil. Dia berasa lapang
kerana kerja yang dibuatnya telah siap. Dia bangun dan hendak berjalan
kehadapan untuk menghantar karangan Bahasa Melayu yang diberikan oleh Cikgu
Hamsah. Tetapi , belum sempat dua tapak kakinya melangkah, tangannya ditarik
dengan kuat dan dia terundur kebelakang.
“Aduh! Kau kenapa Edward? Sakit tau tak!”
“Maaflah Ain. Tapi aku tengok baju kurung kau berdarahlah.”
Edward berbisik ketelinga Qurain. Takut kalau orang lain dengar.
“Ha? Berdarah? Mana? Mana?” Qurain cemas. ‘Berdarah? Bila
masa pula aku luka?’
“Ni, kau tengok ni.” Edward menarik belakang baju kurung
Qurain. Ternyata banyak tompok darah yang keluar! Qurain melopong. Diketipnya
giginya. Dahinya berkerut. ‘Macamana ni?
Apa harus aku lakukan?’
Edward melihat Qurain seperti cemas. Dengan pantas, dia
minta kebenaran dari Cikgu Hamsah untuk membawa Ain keluar sebentar. Nasib baik
Cikgu Hamsah membenarkan.
“Mari, ikut aku ketandas. Aku cover kau dari belakang.” Qurain hanya menurut sahaja kata-kata
Edward. Dia buntu. Sesudah sampai ditandas, Edward mengarahkan agar Qurain
menyuci darah yang keluar. Berkali-kali Qurain cuba menyuci namun darah yang
keluar dari bahagian sulitnya namun darah tersebut tidak mahu berhenti malah
makin deras mengalir. Dia yang cemas akhirnya menangis dan meraung. Dia takut
dirinya menghidapi penyakit kronik. Pelbagai lagi bayangan yang merbahaya ligat
menerawang didalam fikirannya. Edward yang terdengar suara tangisan Qurain mahu
tidak mahu terpaksa melangkah kaki dan meredah masuk kedalam tandas perempuan.
‘Ah, apa nak jadi , jadilah!’
Sesudah
masuk, Edward membuka pintu tandas yang ketiga. Dia terkejut apabila melihat
Qurain terduduk layu di tepi tandas. Dia yang terkejut melihat keadaan Qurain
lantas meluru dan memapah Qurain keluar dari tandas. Nasib baik Qurain masih
memakai kain sekolah. Namun, sempat lagi Edward menjeling dan dilihatnya masih terdapat tompokkan darah di kain dan bajunya.
Edward
berlari-lari anak membawa Qurain kebilik kesihatan. Badan Qurain yang semakin
lemah dan matanya yang layu jelas menampakkan bahwa dia sangat kesakitan. Badan
Qurain yang seberat 41kg itu dirasakan seperti 4 kg sahaja. Sesudah sampai dibilik kesihatan, dengan
pantas dia mendapatkan guru yang bertugas pada hari tersebut.
Cikgu Fiza membetulkan kaca matanya. Pening-pening lalat
sudah dirasanya semasa memeriksa buku tingkatan 2 Archellia. Bermacam-macam
tulisan dan jawapan yang bernas lagi bergeliga yang “Cikgu Fiza, maaf
menganggu. Saya ada hal kecemasan.”
Cikgu Fiza membetulkan cermin matanya. Dia kaget melihat
seorang pelajar menghampirinya dan kelihatan tercungap-cungap dan cemas.
“Ada apa ni Edward? Nampak cemas aje.” Cikgu itu gelabah
sedikit. Seperti ada sesuatu masalah yang amat besar.
“Ain cikgu… dia.. Dia berdarah! “
.jpg)
.jpg)