Friday, May 24, 2013

Seindah Syurga , bab 1


“yes, dah siap!” Qurain menjerit kecil. Dia berasa lapang kerana kerja yang dibuatnya telah siap. Dia bangun dan hendak berjalan kehadapan untuk menghantar karangan Bahasa Melayu yang diberikan oleh Cikgu Hamsah. Tetapi , belum sempat dua tapak kakinya melangkah, tangannya ditarik dengan kuat dan dia terundur kebelakang.
“Aduh! Kau kenapa Edward? Sakit tau tak!”
“Maaflah Ain. Tapi aku tengok baju kurung kau berdarahlah.” Edward berbisik ketelinga Qurain. Takut kalau orang lain dengar.
“Ha? Berdarah? Mana? Mana?” Qurain cemas. ‘Berdarah? Bila masa pula aku luka?’
“Ni, kau tengok ni.” Edward menarik belakang baju kurung Qurain. Ternyata banyak tompok darah yang keluar! Qurain melopong. Diketipnya giginya. Dahinya berkerut.  ‘Macamana ni? Apa harus aku lakukan?’
Edward melihat Qurain seperti cemas. Dengan pantas, dia minta kebenaran dari Cikgu Hamsah untuk membawa Ain keluar sebentar. Nasib baik Cikgu Hamsah membenarkan.
“Mari, ikut aku ketandas. Aku cover kau dari belakang.” Qurain hanya menurut sahaja kata-kata Edward. Dia buntu. Sesudah sampai ditandas, Edward mengarahkan agar Qurain menyuci darah yang keluar. Berkali-kali Qurain cuba menyuci namun darah yang keluar dari bahagian sulitnya namun darah tersebut tidak mahu berhenti malah makin deras mengalir. Dia yang cemas akhirnya menangis dan meraung. Dia takut dirinya menghidapi penyakit kronik. Pelbagai lagi bayangan yang merbahaya ligat menerawang didalam fikirannya. Edward yang terdengar suara tangisan Qurain mahu tidak mahu terpaksa melangkah kaki dan meredah masuk kedalam tandas perempuan. ‘Ah, apa nak jadi , jadilah!’
                Sesudah masuk, Edward membuka pintu tandas yang ketiga. Dia terkejut apabila melihat Qurain terduduk layu di tepi tandas. Dia yang terkejut melihat keadaan Qurain lantas meluru dan memapah Qurain keluar dari tandas. Nasib baik Qurain masih memakai kain sekolah. Namun, sempat lagi Edward menjeling dan dilihatnya masih  terdapat tompokkan darah di kain dan bajunya.
                Edward berlari-lari anak membawa Qurain kebilik kesihatan. Badan Qurain yang semakin lemah dan matanya yang layu jelas menampakkan bahwa dia sangat kesakitan. Badan Qurain yang seberat 41kg itu dirasakan seperti 4 kg sahaja.  Sesudah sampai dibilik kesihatan, dengan pantas dia mendapatkan guru yang bertugas pada hari tersebut.
Cikgu Fiza membetulkan kaca matanya. Pening-pening lalat sudah dirasanya semasa memeriksa buku tingkatan 2 Archellia. Bermacam-macam tulisan dan jawapan yang bernas lagi bergeliga yang “Cikgu Fiza, maaf menganggu. Saya ada hal kecemasan.”
Cikgu Fiza membetulkan cermin matanya. Dia kaget melihat seorang pelajar menghampirinya dan kelihatan tercungap-cungap dan cemas.
“Ada apa ni Edward? Nampak cemas aje.” Cikgu itu gelabah sedikit. Seperti ada sesuatu masalah yang amat besar.
“Ain cikgu… dia.. Dia berdarah! “ 

No comments:

Post a Comment